Friday, May 8, 2009

Test Power

Setelah sekian lama tak memasak secara serius (sebab selalunya aku akan goreng nugget, burger, fries dan benda yang sewaktu dengannya untuk makan tengah hari), hari ini buat pertama kali dalam masa 3 bulan aku masak makanan tengah hari yang lengkap. Sebenarnya aku dah lama nak makan lauk yang aku masak tu...cuma bila waktu belajar takde tempat nak masak. Lauk yang aku masak ini simple jek...pembaca semua boleh la cuba (gila macam chef wan). Nama lauk aku ini aku tak tahu sebenarnya...ehehe. Lauk ini aku makan sejak kecil lagi dan bila dah besar, aku pun belajar masak supaya bila aku rasa nak makan aku boleh masak sendiri..tak payah suruh mak aku masakkan.

Ni lah resepinya...


Kentang Bersalut Telur


Bahan-bahan:















3 biji bawang merah, dicincang.
4 ulas bawang putih, dicincang.
Kentang 6 biji saiz sederhana, direbus dan dihiris.
Telur 3 biji.

Ini untuk hidangan 4 orang makan.

Cara-cara:
















Panaskan minyak untuk menumis.

















Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang. Kacau hingga bau bawang naik dan bawang kelihatan garing sedikit.

















Kemudian, masukkan kentang. Gaulkan hingga sebati dengan tumisan tadi. Gaulkan sehingga kentang nampak garing.

















Seterusnya, masukkan garam secukup rasa. Dan gaulkan rata. Kalau tak rata nanti ada part yang masin. Hehehe.































Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga rata. Gaulkan sehingga telur masak.

















Nah...inilah hasilnya.

















Aku suka makan dengan sardin. It is a great combination kalau makan dengan sardin. Nak lagi sedap tambah kicap. Perghh!!! Terliur la siot dengan masakan sendiri.

















Hehehe...now boleh la makan...yummyy!!!!!

Sebabkan lauk best, aku terpaksa makan nasi hari ni. Nikmat siot!!!

p/s: Aku terasa macam chef wan lak...muehehehehe!!!

Wednesday, April 29, 2009

McD Vs Food Court

Kalau nak makan kat mall, mesti aku akan fikir mana yang paling murah sebab duit akan dihabiskan untuk wayang dan makanan ringan untuk dibawa masuk kedalama wayang. Tapi kalau rasa macam kaya, makan yang mahal-mahal pun takpe. Aku selalu fikir bahawa makan kat food court rasa macam murah tapi sebenarnya tak pun.

Semalam makan kat food court KL Sentral, kunun-kunun nak save duit tapi last-last harga makanan yang aku beli tu boleh beli 2 set McValue Lunch Mchicken. Kemahalan melanda tanpa waspada di food court. Bayangkan beli mihun goreng, ayam n air milo ais harga dia RM11...gile la siot. Lepas makan tu rasa menyesal sebab mahal sangat walaupun perut kenyang tapi kenyangku mahal.

So, macam mana aku nak elak makan McD yang tak digalakkan untuk dimakan atas sebab-sebab yang aku rasa semua orang tahu. Ape solution dia? Naikkan harga McD or turunkan sewa kepada penyewa gerai food court?

Aku rasa almost semua food court yang berair-cond seperti di mall or KL Sentral harga makanan mahal sebab sewa dia mahal. Aku nak bayar makanan aku je taknak bayar sewa gerai yang tinggi tuh.

Ah, aku bawak bekal dari rumah kang....baru puas hati. Muahahaha!

Janganlah Kamu Merokok

Tuesday, April 28, 2009

Surat Untuk Kau

The other day when I called aku admit that yang time tu aku rindu kau.
Rindu macam aku ni pathetic sangat kan?
Tak...aku tak rindu kau pun cume teringat je.
It's not that im still thinking about it.
Aku dah let it go and accept the fact that you are no longer part of my life.
Kadang-kadang the thought of you appeared.
I wish i can delete you and what we had because it will be a lot easier for me.
It's hard for me to hate you and not to know you.
Kau nak tahu kenapa aku susah nak lupa kau?
Aku tak boleh lupakan kau sebab waktu 'dulu' kau ada dengan aku time aku takde sesiapa pun. Aku tak faham kenapa kau pilih untuk lari dari aku?
Dan kau tak pernah nak tell me why.
For that aku selalu rasa there is unfinished business between us.
Sometimes I wish we can bury the hatchet because a foolish part of me still want to be with you. Oklah, I know we will not be the same but I'll cherish the memories I had with you.
I'd like to thank you for the great memories.
Lastly, though kau tak selesa talking to me...tak salah kan if once in a while, aku nak call tanya khabar kau...a person once i care about.


p/s: aku ni tak sudah sudah! haish!

Friday, April 24, 2009

Jika Ku Seorang Robot

Jika ku seorang robot,
nombor nombor darahku,
jasad ku import eksport,
besi logam dagingku,
sinar matahari solar,
nyawaku tenaga elektrik,
otak ku macam peluru,
bernafas pun tak perlu,
meniti lebuh raya,
mengawasi pasar raya,
mata-mata dari angkasa,
jika ku seorang robot,
tak perlu ada komplot,
kawan-kawan semua robot,
dua puluh lima jam sehari,
lapan hari seminggu...


p/s: best tak agak ye? tak payah lapar, tak payah sakit, tak payah sedih, tak payah penat...tapi robot mesti takde perasaan...best tak kalau takde perasaan eh?