Wednesday, February 2, 2011

Dipanggil pada 28-01-2011

Alhamdulillah...
Setelah mengharungi liku-liku perjalanan selama 5 1/2, akhir aku didaftaraikan sebagai Peguam.
Aku dipanggil agak lewat atas sebab-sebab teknikal dan agak ketinggalan daripada kengkawan yang lain.
Nasib baik ada NMR yang selalu push aku settlekan hal-hal chambering, kalau tak...sampai tahun depan agaknya aku tak file paper. Sepanjang 9 bulan chambering, memang dialah yang selalu ingatkan dan tolong aku. Terima kasih tak terhingga kepada NMR.

Namun sayang seribu kali sayang, Ms Nicky tiada di sampingku untuk merakam hari yang paling bersejarah hidup aku. Thanks to my mom cool handphone, ada la juga gegambar kenangan.
Tapi gambar bersama rakan-rakanku langsung tiada (jauh hati jap sebab aku ada pada hari kejadian mereka dipanggil..sob..sob...sob) kerana kebanyakkan mereka sudah berkerja dan tidak dapat mengambil time off. Terima kasih kepada FH dan NHAR sebab hadir pada hari itu. I really appreciate it.

Terima kasih tak terhingga kepada Ibu dan Ayah kerana memberi sokongan moral dan wang (dan bayarkan ansuran kereta)...hihi.

Tak lupa kepada AFAK kerana selalu dengar komplen dan keluhan aku...dan sabar sebab aku selalu emo kalau tensen pasal kerja.

Aku juga sangat teruja menantikan tawaran daripada master aku sebab dia ade promise sumthing good dengan aku. Dan sebab inilah aku decide nak stay dengan dia. Kerja best dan tak perlu tempuh jem KL. Itu yang penting.

Pasni boleh lah isi ruang pekerjaan: Peguam...hihihi


1 comment:

Unknown said...

Awww.. NHAR in the house! Congratulations~~ (Sorry lmbt wish)