Saturday, December 12, 2009

Pernah dengar Karma tak?

Ni bukan ulasan lagu Karma Alicia Keys or Cokelat...tapi ada jugak la kena mengena.

Kau kena ingat, kalau kau buat baik or jahat mesti ada balasan dia.
If tak on the spot, maybe later.
Kalau kau boleh buat orang macam tu, tak mustahil kau akan rasa sebijik macam apa yang kau buat kat orang tu walaupun bukan orang tu yang balas balik dekat kau.
Nanti bila kau kena balik jangan nak nangis-nangis or minta simpati.
Kau cermin dulu diri kau tu.
Kau tu yang ada masalah.

Selama ni aku ingat aku yang problem, tapi sebenarnya kau!!!
Bilalah kau nak sedar?
Tak pun sebenarnya kau ni ada bipolar disorder.
Kan?

p/s: semua orang jangan dekat dgn 'kau' ni...tak elok untuk kesihatan hati anda.

Monday, December 7, 2009

Kebodohan Yang Melampau

a. Bila kau dah beratur elok-elok kat line touch n go tapi sebab line panjang kau pergi kat line smart tag dan kau tak lepas sebab kau guna touch n go.

b. Bila kau pergi makan dekat rumah orang, kau ambil lauk banyak-banyak sampai lauk tak cukup tapi last-last lauk yang kau ambil banyak tu kau tak habiskan dan kau buang.

c. Bila kau cakap kau perfect and everything tapi terang-terangan orang tahu kau macam hampeh.

d. Bila kau pura-pura kau tahu semua benda padahal satu apa pun kau tak tahu.

e. Bila kau pakai tudung labuh dan berlagak baik tapi muka kau bersepah dekat handphone orang gila porno.

p/s: buat baik berpada-pada, buat bodoh mengundang makian.

Saturday, November 7, 2009

Can you spell AWKWARD?

Last Saturday, i went to catch a movie in Alamanda with of course my bf. While waiting for the movie, my bf went out for an air and i just waited inside watching Liverpool's match against Fulham (i think). As i glued my eyes on the t.v, i noticed there was a man peeking through the glass wall but as it was Liverpool on the t.v...i was like...whatever dude.But then, i heard a knocking on the glass and automatically i turned my eyes to the knocking. I thought it was my bf but it was...drumroll please...my...wait for it...ex-bf! I was shocked! Should i go outside and meet him? Ah, what the heck! I went to see him and to my surprise my bf was talking to a friend who came with my exbf. And it was my bf who told the ex-bf that i was inside...heeeh. We were talking about nothing while inhaling the awkward air. It was really awkward seeing your ex-bf while going out with your bf. It has been two years since our last meeting. As i had nothing to say to him, i made a not really nice comment about his belly...hehe...(dont blame me, blame his belly ok?). To make things more awkward, i said this 'awk kenalkan bf sy tu?' and i said it on purpose coz i know they knew each other...hihihi.

P/S: Honestly, i wanted to say this to him, 'have you met farhan, he is everything you're not dude'.

Wednesday, October 14, 2009

Apa yang tak kena?


Mesti lelaki ni kuat makan. Suap kat bini seciput jek, kat tangan kiri tu...kek segenggam!!!

Sunday, October 4, 2009

important notice.

dear you,

i love you so much.
and i know that you love me too.

BUT

you gotta do what you gotta do.
don't let me repeatedly say what i've said.
be more sensitive.

haishhhh!

Friday, September 11, 2009

Bitterness

Bitterness is a frozen form of latent anger and resentment.
Bitterness grows out of our refusal, to let go when someone or something is taken from us. Bitterness is being constantly hurt by a memory and is holding onto a hurt until it has a hold on you.
Bitterness is the unhealthiest emotion you can have. When you are offended or disappointed by others and allow the hurt to germinate in your heart, bitterness and resentment will take root. Bitterness is characterized by an unforgiving spirit and generally negative, critical attitudes. Bitterness and resentment are both sinful and self-defeating.
The bitterness pervades everything.
What happens to a person if she keeps bitterness on the inside for many years?
What happens to her physically?
Can she get physically sick?
Suppose it is bitterness toward a person.
She kept it inside nurturing, she has not shared it.
She has not defiled many people -- she has kept it down inside.
When she keeps it inside for some years, she finally begins to hurt.


p/s: tell me where it hurts.

Friday, July 24, 2009

Datang Lagi

Mengapa ia perlu hadir sentiasa? Tolong laa! Aku rimas ni.
Jangan la buat aku confius.
Gi la jauh-jauh...aku dah happy dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku taknak hilang apa yang aku ada sekarang.
Ye...kadang-kadang aku memang ada rasa nak...tapi aku tahu itu adalah sia-sia.
Tapi bila ia hadir...aku macam tak tentu arah sikit.
Nasib baiklah aku cepat sedar dan tak mengalami kemalangan.
Kalau tak...habis la weh...

p/s: I Love You AFAK

Sunday, July 12, 2009

Underconstruction

Sebab takde talian internet di rumah, idea yang menarik tidak dapat dicurahkan ke dalam blog. Bila sudah di depan laptop yang lengkap dengan berokband...idea yang menarik pun sudah hilang.
Inilah kelemahan aku dalam menjaga blog aku, selalu lalai untuk memberi makan.

Sekian.

Tuesday, June 9, 2009

Mestikah Begini?

Aku memang dah lame nak snap gambar papan tanda ni. Sebab apa? Sebab papan tanda ni hanyalah hiasan semata-mata dan buatkan aku nak gelak. Cuba baca apa yang tertulis kat situ. Tapi 'ada' habis pokok-pokok kat belakang tu. Pokok batu adalah. Ini yang buat aku marah sebagai pecinta alam sekitar. Kok ye pun nak bina bangunan, jangan la bina kat kawasan simpanan pokok. Sesak mata aku tengok. Bila panas mula la nak merungut, padahal salah sendiri. Bumi ni makin tua, bukan makin muda...pandai-pandailah.

Hmm...takpun sebenarnya kawasan simpanan pokok tu kat area yang berumput-rumput je. Nanti baru nak tanam pokok. Ye ke?

Monday, May 11, 2009

Aku Ada Kuasa

Jangan memain dengan aku sebab aku ada kuasa yang best.
Aku selalu ada gerak hati dan gerak hati aku selalunya betul.
Aku pernah mengendahkan gerak hati aku dan buat tak peduli, akhirnya ia memakan diri ku sendiri kerana dengan kuasa gerak hati...aku akan dapat prepare untuk gerak hati tersebut.
So, bila aku tak ikut gerak hati...aku akan jadi tak bersedia.

Dan sebenarnya gerak hati aku ini selalu berkait rapat dengan pasangan kekasih aku.
Aku selalu sahaja dapat hidu apa yang depa sorokkan dari aku...but dengan kuasa aku ini, selalu sahaja mereka kantoi.
Selalunya benda yang tak best depa sorokkan, aku akan dapat hidu.

Tetapi kalau waktu dulu, aku akan main sergah-sergah untuk memberitahu gerak hati aku yang selalunya betul.
Sekarang tak...aku taknak main sergah-sergah.
Aku cakap elok-elok.
Depa akan mengaku dan mintak maaf.
Itulah yang aku nak, selesaikan secara diplomatik tanpa peperangan.

Secara konklusinya, Enchek A...anda jangan cuba berahsia ok?
Just tell me before hand.
Bila saya tanya, awak jawab dengan jujur.
Walaupun kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan tetapi...pembohongan dan concealment lagi menyakitkan.



p/s: Aku suka tengok dia tidur.

Friday, May 8, 2009

Test Power

Setelah sekian lama tak memasak secara serius (sebab selalunya aku akan goreng nugget, burger, fries dan benda yang sewaktu dengannya untuk makan tengah hari), hari ini buat pertama kali dalam masa 3 bulan aku masak makanan tengah hari yang lengkap. Sebenarnya aku dah lama nak makan lauk yang aku masak tu...cuma bila waktu belajar takde tempat nak masak. Lauk yang aku masak ini simple jek...pembaca semua boleh la cuba (gila macam chef wan). Nama lauk aku ini aku tak tahu sebenarnya...ehehe. Lauk ini aku makan sejak kecil lagi dan bila dah besar, aku pun belajar masak supaya bila aku rasa nak makan aku boleh masak sendiri..tak payah suruh mak aku masakkan.

Ni lah resepinya...


Kentang Bersalut Telur


Bahan-bahan:















3 biji bawang merah, dicincang.
4 ulas bawang putih, dicincang.
Kentang 6 biji saiz sederhana, direbus dan dihiris.
Telur 3 biji.

Ini untuk hidangan 4 orang makan.

Cara-cara:
















Panaskan minyak untuk menumis.

















Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang. Kacau hingga bau bawang naik dan bawang kelihatan garing sedikit.

















Kemudian, masukkan kentang. Gaulkan hingga sebati dengan tumisan tadi. Gaulkan sehingga kentang nampak garing.

















Seterusnya, masukkan garam secukup rasa. Dan gaulkan rata. Kalau tak rata nanti ada part yang masin. Hehehe.































Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga rata. Gaulkan sehingga telur masak.

















Nah...inilah hasilnya.

















Aku suka makan dengan sardin. It is a great combination kalau makan dengan sardin. Nak lagi sedap tambah kicap. Perghh!!! Terliur la siot dengan masakan sendiri.

















Hehehe...now boleh la makan...yummyy!!!!!

Sebabkan lauk best, aku terpaksa makan nasi hari ni. Nikmat siot!!!

p/s: Aku terasa macam chef wan lak...muehehehehe!!!

Wednesday, April 29, 2009

McD Vs Food Court

Kalau nak makan kat mall, mesti aku akan fikir mana yang paling murah sebab duit akan dihabiskan untuk wayang dan makanan ringan untuk dibawa masuk kedalama wayang. Tapi kalau rasa macam kaya, makan yang mahal-mahal pun takpe. Aku selalu fikir bahawa makan kat food court rasa macam murah tapi sebenarnya tak pun.

Semalam makan kat food court KL Sentral, kunun-kunun nak save duit tapi last-last harga makanan yang aku beli tu boleh beli 2 set McValue Lunch Mchicken. Kemahalan melanda tanpa waspada di food court. Bayangkan beli mihun goreng, ayam n air milo ais harga dia RM11...gile la siot. Lepas makan tu rasa menyesal sebab mahal sangat walaupun perut kenyang tapi kenyangku mahal.

So, macam mana aku nak elak makan McD yang tak digalakkan untuk dimakan atas sebab-sebab yang aku rasa semua orang tahu. Ape solution dia? Naikkan harga McD or turunkan sewa kepada penyewa gerai food court?

Aku rasa almost semua food court yang berair-cond seperti di mall or KL Sentral harga makanan mahal sebab sewa dia mahal. Aku nak bayar makanan aku je taknak bayar sewa gerai yang tinggi tuh.

Ah, aku bawak bekal dari rumah kang....baru puas hati. Muahahaha!

Janganlah Kamu Merokok

Tuesday, April 28, 2009

Surat Untuk Kau

The other day when I called aku admit that yang time tu aku rindu kau.
Rindu macam aku ni pathetic sangat kan?
Tak...aku tak rindu kau pun cume teringat je.
It's not that im still thinking about it.
Aku dah let it go and accept the fact that you are no longer part of my life.
Kadang-kadang the thought of you appeared.
I wish i can delete you and what we had because it will be a lot easier for me.
It's hard for me to hate you and not to know you.
Kau nak tahu kenapa aku susah nak lupa kau?
Aku tak boleh lupakan kau sebab waktu 'dulu' kau ada dengan aku time aku takde sesiapa pun. Aku tak faham kenapa kau pilih untuk lari dari aku?
Dan kau tak pernah nak tell me why.
For that aku selalu rasa there is unfinished business between us.
Sometimes I wish we can bury the hatchet because a foolish part of me still want to be with you. Oklah, I know we will not be the same but I'll cherish the memories I had with you.
I'd like to thank you for the great memories.
Lastly, though kau tak selesa talking to me...tak salah kan if once in a while, aku nak call tanya khabar kau...a person once i care about.


p/s: aku ni tak sudah sudah! haish!

Friday, April 24, 2009

Jika Ku Seorang Robot

Jika ku seorang robot,
nombor nombor darahku,
jasad ku import eksport,
besi logam dagingku,
sinar matahari solar,
nyawaku tenaga elektrik,
otak ku macam peluru,
bernafas pun tak perlu,
meniti lebuh raya,
mengawasi pasar raya,
mata-mata dari angkasa,
jika ku seorang robot,
tak perlu ada komplot,
kawan-kawan semua robot,
dua puluh lima jam sehari,
lapan hari seminggu...


p/s: best tak agak ye? tak payah lapar, tak payah sakit, tak payah sedih, tak payah penat...tapi robot mesti takde perasaan...best tak kalau takde perasaan eh?

Sunday, March 8, 2009

Aku ni siapa?

Sebelum tidur punya aktiviti...


1. bukak web ni : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2. amik Personality Quiz tu..

3. Copy n Paste result kat mana-mana social site yang best, or blog ke

4. Tag your friends including me :) <---aku malas nak tag siapa2...eheh

Silalah baca keputusan saya kalau rasa nak baca:-

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Hmm...adakah ini aku?

Saturday, March 7, 2009

Perbualan Yang Mendalam

Adakah warna kegemaran awak biru?
Adakah awak selalu bercakap benar?
Awak percaya pada angkasa lepas?
Saya sedang 'belajar' tentang awak...
Adakah kulit awak 'tan' seperti saya?
Adakah rambut awak beralun ke sebelah sana?
Ada sesiapa yang mengambil sebahagian daripada hati awak?
Sekarang saya sedang 'belajar' tentang awak...
Dan jika awak tak kisah, boleh awak cerita tentang harapan dan ketakutan awak?
Dan semua yang awak percaya..
Boleh awak buat kelainan di dunia ini?
Saya suka awak menarik saya ke perbualan yang mendalam..
Hanya awak sahaja yang mampu..
Saya sudah lepaskan ego saya..
Dan awak juga akan begitu....
Perbualan yang mendalam dengan saya..
Adakah nama awak berima dengan nama saya?

Wednesday, March 4, 2009

Risau

Apakah makna risau? Cuba semak kamus dewan bahasa tu...aku malas nak semak...eheheh.

Risau...risau...risau...risau...sebut banyak kali macam kelakar pulak bunyinya...huhuhu.

Someone told me that yang aku ni suka merisaukan diri about almost anything. Dia cakap aku overthink. Aku admit yang aku memang suka berfikir, fikir pasal things yang akan terjadi nanti. Aku berfikir sebab aku nak prepare myself for the future. Aku takut if aku tak fikir and if something bad happens, that time I will be left with no option. Aku taknak. So sebabkan pemikiran aku yang camtu, aku tend to berfikir yang teruk-teruk punya. Kadang-kadang aku selalu sangat fikir benda yang tak best, benda yang best aku tak fikir. Kenapa la agaknya kepalahotakakuyangberjambul ni fikir camni? Ye la, makin fikir makin berkecamuk hati, berserabut otak.

Seperti yang ditaip di atas, aku selalu fikir pasal negative things or outcome...so in the end aku akan menjadi doubtful untuk semua benda. Aku menjadi ragu-ragu kat orang, ragu-ragu kat stuff like study, future, money, marriage, carreer etc. Aku takut apa yang aku buat sekarang ni akan mendatang negative outcome in the future.

Sakit otak. Hidup tak tenteram bila banyak fikir pasal benda-benda negative ni.
Kena jadi optimist balik ni...ehehe...sebab aku ni memang optimist taw, kadang-kadang terlampau. Dan sebabkan aku terlampau optimist...aku selalu juga buat-buat tak nampak about the worst things yang aku tahu (bajet) akan jadi and in the end, aku end up being frustrated. Hmm...maybe sebab aku taknak jadi optimist sangat, sekarang aku jadi pessimist.

Aku rasa aku kene start jadi optimist...tapi kali ni optimist yang moderate.

But, tak salahkan kalau nak risau? Kan? ;p
Dan, tak salah gak kan if aku nak ada a slight doubt untuk apa-apa sahaja supaya bila benda buruk jadi, aku akan well preparad. Ye ke? ;p

Friday, February 20, 2009

State of Shock

last few days aku tahu suatu benda yang amat mengejutkan....bukanlah 'amat' sebabnya that was something yang aku leh expect sebenarnya cumanya aku tak percaya yang benda tu terjadi keatasnya.

dan aku rasa it is not my fault if i have a slight doubt afterwards.

aku nak these things free without any doubt tapi aku tak tahu camne nak doubt-free kan diri aku. maybe i have to deal with it...no matter what.

how to deal with it?
that...i'm not sure how...but i'll figure it out...sooner or later.

however, aku tak kisah apa yang jadi dulu sebab apa yang penting adalah masa sekarang dan masa depan.

walaupun aku kadang-kadang selalu tengok belakang.

Wednesday, February 11, 2009

Paranoid!

Aku ni walopon optimist tapi ada satu kelemahan...cepat paranoid. Aku ni over think yang overboard gila. Kadang-kadang benda tu takde ape pon tapi aku ni selalu fikir yang bukan-bukan. Contohnya result exam...aku selalu fikir aku fail ke ape...time nak check result mula lah gelabah bagai...tapi ok je sebenarnya, xde la teruk yang disangka walaupun tak seelok yang diingini. N then aku kadang selalu fikir if aku buat harsh jokes kat kawan-kawan, they will take it seriously...padahal diorang ok je. But ade gak la yang tak leh terima jokes aku...eheheh...sorry guys.

Dan pada satu petang yang hening, aku berbual-bual dengan salah seorang rakan aku yang cantik...aku tanya kat dia macam-macam benda which is benda yang aku risau pasal kekasih kesayangan aku tu. Dengan history of my past relationshits...aku jadi lebih berhati-hati and protective dengan sang kekasih ni. That is why aku jadi paranoid. Kenapa benda ni leh terlintas dalam palotak aku? Sebab bile aku balik bilik, aku dok sorang-sorang kt bilik ..and started to fikir semua benda...and hal ni lah yang paling aku menonjol dalam fikiran aku. Siotan punya kepala hotak aku ni. Cuba la kepala hotak aku ni fikir benda best-best ke...xde la serabut bagai.

Ok ok...sambung...

Before kapel...aku pernah marah dia sebab dia bubuh gambar ex dia kt frenster. Aku tanye, kenapa perlu letak gambar ex kat fs if you're not together anymore? Dia jawab dia nak warn guy(s) yang tengah dgn minah tu supaya jangan masuk trap minah tu something like that. Aku tanya balik...kenapa nak kene fikir pasal dia? Let her be la. Aku cakap kat dia, if aku letak gambar ex aku kat frenster that means aku masih lagi mengharap kat ex aku. Dia diam je. Aku tak ingat dia cakap apa...but aku ingat lagi dia cakap dia tak kehilangan aku. Ade several occasions aku tanya status aku dengan dia...but dia jawab tunggu dulu, dia takut aku kecewa at the end. Time tu aku rasa dia buatkan aku cam sparepart...aku taknak rasa camtu but looking at the circumstances...memang aku takleh lari dari rasa camtu.*

(Bila dah kapel...ada satu hari tu, dia cakap ada reason kenapa dengan dengan aku but dia cakap dia tak mahu bagitahu skang. Aku end up buat conclusion sendiri kenapa we should wait dulu tu. Maybe because dia nak sort out his feeling betul2 before involve dengan aku. Kadang-kadang buat aku terfikir if la dia end-up dengan minah tu time kitorg flirt...aku jadi apa di mata dia? Ye la...time flirt dengan dia....aku memang dah suka gila-gila kat dia...and ada sometime yang aku rasa nak kapel je dengan dia but aku tak berani nak cakap as i am afraid of rejection and afraid of him running away from me. But syukurlah, dia pilih aku....so aku taknak fikir apa-apa dah...Thank God he is mine now =))

K...sambungan untuk *Before that incident, dia ada cakap kat aku...dia tengah gaduh besar dengan ex dia ni because dia bergantung tak bertali something like that. Dia cakap kat aku time tu, dia betul2 dah takde ape2 dgn ex dia. Dia break dgn ex dia after 3 years and later ade attempt untuk reconcilliation. Dia contact aku pun after dia break...dia cakap dia nak masuk line...so aku ok kan je. Time tengah2 main tarik tali dengan dia...dia bgtahu aku dia pernah kapel jap dgn ex dia balik but dia btau aku after diorang break balik. Aku rasa apa siot. But since at that time...aku no more than his friend...aku just tanya...kenapa tak bagitahu...tp aku tak ingat dia jawab ape.

Aku ikut je hala tujuan dia...dia flirt aku flirt balik. Next thing i know...aku dah dengan dia.

So, aku mintak la dia ubah top friend n buang minah tu. Dia ckp...kenapa kene buang? Orang kat top friend tu semuanya orang yang tahu pasal hidup dia maksudnya orang yang rapat dengan dia. At dat point...aku terima je jawapan dia.
Dah lame-lame tu...aku rasa tak seronok pulak because everytime aku bukak page dia, ade minah tu. Ape aku rasa weh? Aku pointed it out lagi skali. Time tu dia jawab, benda-benda camni tak perlu risau...sebab tak ganggu kehidupan seharian. Aku cakap kat dia, aku bukan apa...aku fobia sebab psl menda social site ni lah aku break. Dia ckp kat aku takyah risau. Dia cakap gak...aku dok tanya2 cam ni....as if aku tak percaya dia. Bukan aku tak percaya...but aku ni haaaa...yg fobia. Ketika ini...aku terima lagi decision dia untuk tidak buang ex dia dr top friend.

Oklah. But being me...mestilah aku tak puas hati. Asal bukak page je, nampak minah tu. Dah la aku ni memang despise ex-gf...hohoho ;p.

So, bila bersembang dgn kawan cantik aku tu...aku luahkan kat dia. Aku tanya what should I do. Mestikah aku berdiam diri dan pendam perasaan aku senyap2? Aku suh dia put her feet in shoes and her respond is exactly the same with mine.

**If bf kau letak gambar ex n buat jadi top friend. Apa kau rasa? Apa ex dia rasa? Mestilah ex dia rasa bangga sebab ex still letak kau jadi top friend. Aku pun kalau ex aku still letak aku kat top friend mesti la bangga siot. N then...apa kawan-kawan aku fikir? Apa kawan-kawan dia fikir?
Kawan cantik aku cakap...just tell him apa yang aku rasa. Aku bukan tak bagi dia nak kawan dengan ex dia but as long as there is no feeling between them, its fine. Aku cakap kat kawan cantik aku tu, aku takut dia marah sebab before ni 2 kali aku cakap benda ni. Dia nasihat better aku cakap. Later, aku decided that aku kena gak cakap kat dia...kalau tak...serabut palotak aku ni.

Aku kumpul semua courage aku before call dia. I was expecting the worse...Aku takot gila babi if dia marah n kitorang gaduh. Aku seriesly tak mahu bergaduh dengan dia. Aku nervous sampai nak muntah tau!!!

Aku call dia...ketar gila nak cakap...menggigil siotttt! Aku pon cakap la...aku rasa tak selesa bila tengok minah tu kat frenster. Surprisingly...dia kata ok...skang gak dia remove. Aku tanya gak kat dia...ok ke aku cakap camni...dia jwb, ok je...lgpun minah tu bukan apa2 untuk dia dah. Maybe dia dah sedar.

Plus aku ada gak utarakan kerisauan aku sebab dia tak bagi check fon. Aku tanya dia is there anything that I should worry about. Dia kata xda. Aku tanya ada apa dalam inbox. Dia cakap ade mesej-mesej perempuan. Aku tanya lagi...mesej-mesej yang camne? Siapa perempuan2 tu. Dia jawab ada yang kawan time dia blaja, ada yang perempuan dia pernah flirt...dia mesej tu as a friend. Aku tanya lagi...ade tak mesej yang berbaur flirt? Dia cakap takde. Aku tanya....ade tak mesej yang mengandungi perkataan rindu, cinta, sayang etc. dia jawab 'rindu' ada. Aku terdiam. Aku tanya rindu as a...? Dia jawab rindu as friend. Ok...aku terima. Aku tanya ultimate question kat dia...so skang leh tak aku nak baca inbox. Dia cakap baca la...but ade mesej yg buat aku jeles (depends on what point of view aku intepret mesej tu) and ade 1 dr ex dia yg still dia simpan. Aku tanya kenapa. Dia jawab mesej tu membuatkan dia berasa tidak ego...untuk moral value diri sendiri katanya.

Time ni aku cakap kat dia...nilah salah satu kelemahan aku, aku sangat paranoia. Aku harap dia paham. As for this dia nasihatkan aku...jangan serabutkan kepala otak dengan benda-benda ni. Makin fikir makin sakit hati n serabut otak. Aku jawab...sebab tu aku tanya direct, supaya aku tak assume bukan2 and makin serabut. Ade some words yang dia cakap buatkan aku rasa tenang. Aku sangat respect kat sang kekasih sebab dia sangat calm dan tidak melenting bila aku tanya dia pasal ni sebab setengah-tengah laki tak suka ditanya. Plus he was so understanding dgn ape yang aku rasa. But dia ada pesan, this is the last time aku tanya...aku cakap ok...sebab dengar jawapan dia, aku berjaya mengclearkan minda aku ni. Aku cakap gak kat dia....aku percaya kat dia after dia bagi his assurance and promise kat aku yang dia takkan jadi macam dulu and kerisauan aku takkan menjadi kenyataan.

For being truthfull and so understanding, thanx darling.

Friday, February 6, 2009

Transformers

Aku perasan bila dah melangkah (semula) ke dalam kancah percintaan ni, aku bukan diri aku yang dulu. Tak tahu if this is me changing or adapting to the surroundings. Some part of me ada gak yang cakap maybe sebab aku bercinta dan this changing gone if aku dah tak bercinta. (Tak nak la plak aku end the thing). Bukanlah perubahan ini something yang bad, cuma aku yang pelik. Dan mungkin sebab faktor umur yang membuatkan aku berubah.

Kali ni, dengan adanya relationship baru...aku menjadi sangat submissive and needy. Maybe before ni aku tak pernah ada physical relationship yang betul-betul punya. 2/3 drpd past relationship adalah LDR. Orang cakap LDR boleh berjaya but trust me it does not.

Kenapa aku submissive? Hehehe...aku pun taktahu. Semua ego-ego poyo aku ni aku dah campak ke laut. Aku submit gila-gila punya diri aku kat dia. Ntah lah...maybe aku takut dia lari. Aku ni suka fikir yang bukan-bukan, padahal takde apa pun. Aku kene amik chill pill ni.

Kalau dulu aku akan tunggu sang pakwe call or mesej aku barulah aku akan call or mesej balik. Sebab aku fikir...aku tak nak mengejar, aku nak dikejar. But maybe sebab tu semua pakwe aku lari...ahahaha. Sekarang ni...aku tak boleh tahan kalau tak dapat mesej-mesej dengan dia. dan kalau boleh hari-hari nak jumpa....tapi macam mana...masing-masing sibuk. Aku macam cant get enough of him. Nak aje aku amik dia...letak dalam beg...aku boleh bawak dia pergi mana-mana.

Tapi aku takut gak if this is just temporary or it is just an excitement of a new love bird. Aku tak nak aku rasa camtu dan dia rasa camtu bila dah lama-lama.

Aku mahu...semakin hari semakin cinta. (Ah..aku yang taip ni rasa geli gile siot!) Ah, pedulik laa...ni blog aku...bukan blog Kamarulzaman, Hamidah atau Tahir. Ni blog Si Baju HItam! Hahaha...emosi plak aku ni.

Oh..Tuhan..jangan pisahkan aku dengan dia! Aku boleh gila kalau takde dia.

Thursday, January 8, 2009

Pelik tak?

Haritu aku berborak dengan kawan aku pasal pondan-pondan ni.
Dengar dia dok cerita pasal si pondan-pondan ni sanggup kikis tulang rahang supaya nampak lebih perempuan, potong 'anu' untuk jadi lebih tulen walhal takkan jadi tulen pun sampai bebila dan yang lagi kelakar tu...sanggup jahit pipi dalam nak dapatkan dimple. Haish! Takut siot dengar.

Dan-dan plak time dia cerita tu, si pondan yang menjadi topik perbualan kitorang tu dok across our table. Kalau dia tak cakap memang sah-sah aku ingat dia pompuan tulen sejati. Cun siot! Aku agak pengkid pon leh terpikat.Wahahaha!

But aku pelik si pondan-pondan ni still dapat lelaki (yang hensem terutamanya). Bagi laki (yang hensem terutamanya) kalau ada awek pondan kenapa tak carik je perempuan sejati? Sama gakla dengan pengkid. Orang pompuan (yang cun terutamanya) yang dok tergilakan pengkid yang nampak cam lelaki...kenapa diorang tak cari je lelaki sejati. (at least dapat yang original...if you know what i mean...huhuhu).

Orientation manusia sekarang ni amat lah berbahaya.
Mustahil jek satu hari nanti pengkid akan carik pondan.

Aku takut siot!
Mintak dijauhkan dari orientation songsang ni.