Thursday, December 18, 2008

Kenapa perlu diam?

Susah sangat ke weh?
Kenapa taknak bagitahu?
Susah ke?
Sakit hati aku kau buat camni.
Bukannya aku mentekedarah sangat kat kau ok?
Just let me know dan jangan biarkan aku termanggu-manggu.
Faham tak?
Kau buat aku cam bodoh je.
Habis kredit aku.


Babi!

Wednesday, December 17, 2008

Dua hari bersama nasi

Aku memang dah lama tak makan nasi. Sebab aku ni alergi nasi. Kalau aku makan nasi, aku akan makan dengan banyaknya dan nasi membuatkan berat badan aku bertambah. Sejak Disember tahun lepas aku makan nasi hanya 12 kali sahaja. Masa naik bukit, masa camping, masa raya dan masa aku teringin nak mampus makan nasi.

Tapi semalam aku macam dah tak tahan gila nak makan nasi.

Sarapan aku: nasi lemak sambal kerang tambah telur mata. Mula-mula cadang nak makan meehoon tapi bila berhenti kat gerai pakcik ni, tengok-tengok dia jual nasi lemak je. Aku cam nak blah je tapi tengok kesian lak. So, aku pon order la nasi lemak dua. Boleh je aku nak order satu and aku beli meehoon kat tempat lain but aku malas. Aku pon berkira-kira dalam diri sendiri, why not makan nasi lemak lak kali ni. Tapi after raya korban haritu aku dah termakan nasi lemak. Adehai. Belasah je la.

Dinner: Makan meehoon but bila tengok bubur nasi adik aku yang tak abis tu, rasa teringin gila. Apa lagi sebat ah.

Hari ni aku decide nak makan sikit je sebab rasa bersalah kat perut aku. But end up aku makan lunch nasi dengan telur letak kicap. Sedap siot! Hehehehe.

Oklah, after this aku akan haramkan semua jenis nasi masuk ke dalam perut (untuk jangka waktu yang panjang).

Monday, December 15, 2008

Dua-dua (sambungan)

Ok...aku dah ingat time bile aku start suka pada yang lagi satu tu. Aku rasa dari masa darjah enam kot. Tapi time tu aku macam tak sedar lagi. Tadi time mandi aku terfikir pasal ni dan buatkan aku teringat. Pastu time form two camtu...aku perasan yang aku suka kat yang lagi satu tu, yang satu lagi...aku cam tak fikir sangat. But then, aku wat tak tahu jek...aku keep on liking yang lagi satu tu.

And then...time matrix ade kawan aku tanya aku something after aku bercerita pasal BL dalam hidup aku. Later...her soalan tu buatkan aku terfikir. Betul ke apa yang dia cakap tu? Masa tu aku tak peduli sangat. Aku pun continue lah life aku tanpa fikirkan hal ni. Dan during those days gak la aku jumpa NKAR. NKAR buat aku makin fikir pasal ni dan makin buat aku sendiri tak faham kat diri sendiri.

After that, aku let it be je...malas nak fikir.

Until recently, aku cam asyik fikir kat yang lagi satu ni. Kadang-kadang perasaan tu kuat gila...sampai aku pun naik gila jadinya. Aku pernah terfikir nak go on je...tapi nasib baik aku masih waras lagi. Tapi memang struggle ah.

But nasib baik dan syukurlah...aku dah berkurangan suka kat yang lagi satu...cuma perasaan suka tu masih ada. Harap-harap hilang lah nanti.

p/s: Malam tadi mimpi aku best gile. Dapat bercinta dengan Mark Wahlberg sambil main kayu tiga dengan Jared Leto. Huhu.

Saturday, December 13, 2008

Dua-dua

Aku suka dua-dua. Aku tak tahu time bila aku mula suka yang lagi satu tu. Yang satu lagi tu...memang dari dulu aku suka. Hmm...tapi yang lagi satu tu aku tak boleh nak suka, memang tak boleh. Tapi kadang-kadang aku takleh lari daripada memikirkan yang lagi satu tu. Bila aku fikir-fikir balik, maybe kesukaan aku kat yang lagi satu tu just apa yang aku nak rasa...bukan yang genuine. Aku tahu ini unfair untuk yang satu lagi. Haish.


Memang aku suka fikir pasal ni. Aku taknak fikir pun sebenarnya tapi aku tak boleh nak lari (boleh tapi aku yang ngada-ngada nak fikir). Malah aku ada imaginasi sendiri pasal yang lagi satu tu. Pernah at one time aku rase nak je CMP, sekali pun jadi la. Tapi tak boleh...tak boleh. Aaaaarrrgghhhh!


p/s: Malam haritu aku mimpi Eva Mendes kiss aku. Cool kan? Hohoho.

Sunday, December 7, 2008

Mr. Roni


Aku minat dia ni sejak zaman beat tv lagi.
Handsome gila la dia ni.
Cair aku tengok dia.
Lakonan pun boleh tahan.
Paling suka tengok dalam Rona Roni Makaroni.
Siapa cakap aku tak minat artis tempatan haa?

Aku sekarang tengah gilakan Bront Palarae!!!

Saturday, December 6, 2008

Kantoi Big Time

Ibu: Dh kat mne?

Aku: B dah kat kepong ni. Bas adik lambat sampai. Anje dah mamam?

Ibu: Akak? Sape anje? Salah hantar mesej ni.

Aku: Hehe. Slh da..

Semalam saat paling aku tak suka.
Boleh tak terkantoi salah hantar message kat my mom.
Ingatkan si dia yang hantar rupanya my mom yang hantar. Kantoi la aku panggil kekasih aku tu apa. Kantoi tak ingat dunia punyalah. Bukan aku malu kat my mom cuma nanti mesti dia nak usik-usik aku...tak suka tau...ehehe. Nasib baik tak terkantoi hantar mesej yang tak patut dibaca oleh sesiapa kecuali kami sahaja. Next time kena la berhati-hati dan kena double check the receiver ni.

Cakap pasal salah hantar mesej ni, aku ada kawan yang acap kali tersalah hantar mesej. Takut siot kalau jadi dia, yang mempunyai jari yang cemerkap. Bukan jari dia jek cemerkap...dia sendiri cemerkap. Hehehe...sorry S.

p/s: Jangan salah hantar mesej ok?

Tuesday, December 2, 2008

Fakta Random Aku


Yang Aku Benci...

1. PATI - yang tak sedar diri.

2. Streamyx semasa lembab.

3. Penipu yang menipu depan muka aku.

4. Bila si dia buatkan aku sedih dan marah.

5. Period Pain yang gila babi punya.


Yang Aku Suka...

1. Lagu-lagu indie seperti Personal by Stars, Succexy by Metric, Take It Slow by Estrealla, Living Room by Tegan and Sara dan North by North by Faded Paper Figure.

2. Online lama-lama.

3. Makan angin.

4. Flirting.

5. Air mineral yang sedap.


Yang Aku Rindu...

1. NKAR.

2. Zaman duduk di Langkawi.

3. Gardenia Court.

4. AFAK.

5. Makan nasi.


Yang Buat Aku Tension...

1. Traffic jammed.

2. Penunggang motosikal yang buat jalan macam jalan dia.

3. Markah exam teruk.

4. Bebelan.

5. Annoying person yang terlampau.


Yang Buat Aku Happy...

1. America's Next Top Model.

2. Dapat snap gambar cantik.

3. Panggilan/Mesej dari si dia.

4. Duduk rumah.

5. Lawak/teka-teki bangang kawan-kawan aku.


Yang Buat Aku Takut/Fobia...

1. Terperangkap dalam lif.

2. Cinta.

3. Kehilangan.

4. Terkantoi big time.

5. Lupa diri.