Wednesday, April 29, 2009

McD Vs Food Court

Kalau nak makan kat mall, mesti aku akan fikir mana yang paling murah sebab duit akan dihabiskan untuk wayang dan makanan ringan untuk dibawa masuk kedalama wayang. Tapi kalau rasa macam kaya, makan yang mahal-mahal pun takpe. Aku selalu fikir bahawa makan kat food court rasa macam murah tapi sebenarnya tak pun.

Semalam makan kat food court KL Sentral, kunun-kunun nak save duit tapi last-last harga makanan yang aku beli tu boleh beli 2 set McValue Lunch Mchicken. Kemahalan melanda tanpa waspada di food court. Bayangkan beli mihun goreng, ayam n air milo ais harga dia RM11...gile la siot. Lepas makan tu rasa menyesal sebab mahal sangat walaupun perut kenyang tapi kenyangku mahal.

So, macam mana aku nak elak makan McD yang tak digalakkan untuk dimakan atas sebab-sebab yang aku rasa semua orang tahu. Ape solution dia? Naikkan harga McD or turunkan sewa kepada penyewa gerai food court?

Aku rasa almost semua food court yang berair-cond seperti di mall or KL Sentral harga makanan mahal sebab sewa dia mahal. Aku nak bayar makanan aku je taknak bayar sewa gerai yang tinggi tuh.

Ah, aku bawak bekal dari rumah kang....baru puas hati. Muahahaha!

3 comments:

sheera the melodramatica said...

la...ko tak ckp ke kat die ko nak byr makanan je bukan byr sewa?
kalau ko ckp camtu die bagi kurg la..
hahahah

bwk je mknn dr umah..

or check la dulu price sblum beli!!! haha

Anonymous said...

or makan kenyang2 kat umah..bila keluar bwk perut yg kenyang shj:)

oh.tau tak.ada org minum xi mut 3 gelas dlm satu occasion.cuba teka siapa?

sicutemiutaifaa

Sheyfah said...

saya tau siapa!

saya tau!

gila ah. minum sampai 3 gelas. lalalalal.