Friday, May 8, 2009

Test Power

Setelah sekian lama tak memasak secara serius (sebab selalunya aku akan goreng nugget, burger, fries dan benda yang sewaktu dengannya untuk makan tengah hari), hari ini buat pertama kali dalam masa 3 bulan aku masak makanan tengah hari yang lengkap. Sebenarnya aku dah lama nak makan lauk yang aku masak tu...cuma bila waktu belajar takde tempat nak masak. Lauk yang aku masak ini simple jek...pembaca semua boleh la cuba (gila macam chef wan). Nama lauk aku ini aku tak tahu sebenarnya...ehehe. Lauk ini aku makan sejak kecil lagi dan bila dah besar, aku pun belajar masak supaya bila aku rasa nak makan aku boleh masak sendiri..tak payah suruh mak aku masakkan.

Ni lah resepinya...


Kentang Bersalut Telur


Bahan-bahan:















3 biji bawang merah, dicincang.
4 ulas bawang putih, dicincang.
Kentang 6 biji saiz sederhana, direbus dan dihiris.
Telur 3 biji.

Ini untuk hidangan 4 orang makan.

Cara-cara:
















Panaskan minyak untuk menumis.

















Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang. Kacau hingga bau bawang naik dan bawang kelihatan garing sedikit.

















Kemudian, masukkan kentang. Gaulkan hingga sebati dengan tumisan tadi. Gaulkan sehingga kentang nampak garing.

















Seterusnya, masukkan garam secukup rasa. Dan gaulkan rata. Kalau tak rata nanti ada part yang masin. Hehehe.































Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga rata. Gaulkan sehingga telur masak.

















Nah...inilah hasilnya.

















Aku suka makan dengan sardin. It is a great combination kalau makan dengan sardin. Nak lagi sedap tambah kicap. Perghh!!! Terliur la siot dengan masakan sendiri.

















Hehehe...now boleh la makan...yummyy!!!!!

Sebabkan lauk best, aku terpaksa makan nasi hari ni. Nikmat siot!!!

p/s: Aku terasa macam chef wan lak...muehehehehe!!!

2 comments:

Anonymous said...

pergh, nampak sedap ni bazlaa.kene cube ni,kene cube.

sicomelaifaa

amy hazwani said...

buzz..msk kan utk aku!1
ko la kwn dunia akhirat.ahahhaha