Monday, May 11, 2009

Aku Ada Kuasa

Jangan memain dengan aku sebab aku ada kuasa yang best.
Aku selalu ada gerak hati dan gerak hati aku selalunya betul.
Aku pernah mengendahkan gerak hati aku dan buat tak peduli, akhirnya ia memakan diri ku sendiri kerana dengan kuasa gerak hati...aku akan dapat prepare untuk gerak hati tersebut.
So, bila aku tak ikut gerak hati...aku akan jadi tak bersedia.

Dan sebenarnya gerak hati aku ini selalu berkait rapat dengan pasangan kekasih aku.
Aku selalu sahaja dapat hidu apa yang depa sorokkan dari aku...but dengan kuasa aku ini, selalu sahaja mereka kantoi.
Selalunya benda yang tak best depa sorokkan, aku akan dapat hidu.

Tetapi kalau waktu dulu, aku akan main sergah-sergah untuk memberitahu gerak hati aku yang selalunya betul.
Sekarang tak...aku taknak main sergah-sergah.
Aku cakap elok-elok.
Depa akan mengaku dan mintak maaf.
Itulah yang aku nak, selesaikan secara diplomatik tanpa peperangan.

Secara konklusinya, Enchek A...anda jangan cuba berahsia ok?
Just tell me before hand.
Bila saya tanya, awak jawab dengan jujur.
Walaupun kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan tetapi...pembohongan dan concealment lagi menyakitkan.



p/s: Aku suka tengok dia tidur.

No comments: