Aku memang dah lama tak makan nasi. Sebab aku ni alergi nasi. Kalau aku makan nasi, aku akan makan dengan banyaknya dan nasi membuatkan berat badan aku bertambah. Sejak Disember tahun lepas aku makan nasi hanya 12 kali sahaja. Masa naik bukit, masa camping, masa raya dan masa aku teringin nak mampus makan nasi.
Tapi semalam aku macam dah tak tahan gila nak makan nasi.
Sarapan aku: nasi lemak sambal kerang tambah telur mata. Mula-mula cadang nak makan meehoon tapi bila berhenti kat gerai pakcik ni, tengok-tengok dia jual nasi lemak je. Aku cam nak blah je tapi tengok kesian lak. So, aku pon order la nasi lemak dua. Boleh je aku nak order satu and aku beli meehoon kat tempat lain but aku malas. Aku pon berkira-kira dalam diri sendiri, why not makan nasi lemak lak kali ni. Tapi after raya korban haritu aku dah termakan nasi lemak. Adehai. Belasah je la.
Dinner: Makan meehoon but bila tengok bubur nasi adik aku yang tak abis tu, rasa teringin gila. Apa lagi sebat ah.
Hari ni aku decide nak makan sikit je sebab rasa bersalah kat perut aku. But end up aku makan lunch nasi dengan telur letak kicap. Sedap siot! Hehehehe.
Oklah, after this aku akan haramkan semua jenis nasi masuk ke dalam perut (untuk jangka waktu yang panjang).
No comments:
Post a Comment