Friday, February 6, 2009

Transformers

Aku perasan bila dah melangkah (semula) ke dalam kancah percintaan ni, aku bukan diri aku yang dulu. Tak tahu if this is me changing or adapting to the surroundings. Some part of me ada gak yang cakap maybe sebab aku bercinta dan this changing gone if aku dah tak bercinta. (Tak nak la plak aku end the thing). Bukanlah perubahan ini something yang bad, cuma aku yang pelik. Dan mungkin sebab faktor umur yang membuatkan aku berubah.

Kali ni, dengan adanya relationship baru...aku menjadi sangat submissive and needy. Maybe before ni aku tak pernah ada physical relationship yang betul-betul punya. 2/3 drpd past relationship adalah LDR. Orang cakap LDR boleh berjaya but trust me it does not.

Kenapa aku submissive? Hehehe...aku pun taktahu. Semua ego-ego poyo aku ni aku dah campak ke laut. Aku submit gila-gila punya diri aku kat dia. Ntah lah...maybe aku takut dia lari. Aku ni suka fikir yang bukan-bukan, padahal takde apa pun. Aku kene amik chill pill ni.

Kalau dulu aku akan tunggu sang pakwe call or mesej aku barulah aku akan call or mesej balik. Sebab aku fikir...aku tak nak mengejar, aku nak dikejar. But maybe sebab tu semua pakwe aku lari...ahahaha. Sekarang ni...aku tak boleh tahan kalau tak dapat mesej-mesej dengan dia. dan kalau boleh hari-hari nak jumpa....tapi macam mana...masing-masing sibuk. Aku macam cant get enough of him. Nak aje aku amik dia...letak dalam beg...aku boleh bawak dia pergi mana-mana.

Tapi aku takut gak if this is just temporary or it is just an excitement of a new love bird. Aku tak nak aku rasa camtu dan dia rasa camtu bila dah lama-lama.

Aku mahu...semakin hari semakin cinta. (Ah..aku yang taip ni rasa geli gile siot!) Ah, pedulik laa...ni blog aku...bukan blog Kamarulzaman, Hamidah atau Tahir. Ni blog Si Baju HItam! Hahaha...emosi plak aku ni.

Oh..Tuhan..jangan pisahkan aku dengan dia! Aku boleh gila kalau takde dia.

2 comments:

melodramatica said...

totally nampak tht ure changing...
n totally understand...
hugs~

fara-fatihah said...

awwww so sweeet!