Thursday, November 27, 2008
Aku jatuh cinta dengan E.H!
Sejak aku usha page dia and band dia kat myspace, terus aku suka lagu-lagu diorang. Dengar lagu diorang rasa nak goncang kepala dan hentak kaki sekuat hati sambil lompat tinggi-tinggi. Memang masyuklah lagu diorang ni. Siapakah diorang ni? Mereka ialah Metric, band yang berasal dari Toronto ni sememangnya sudah lama bertapak dalam industri muzik, cuma aku sahaja yang baru mengenali mereka. Itu pun sebab si ex-boyfriend aku yang suggest aku dengar. Heh!
Kitorang memang share minat dan genre music yang agak sama. Aku memang dari dulu minat band-band indie cuma dulu tak banyak channel yang aku boleh usha band-band indie. Band paling indie aku dengar dulu ialah OAG...hehehe. Setelah bercouple dengan si ex-boyfriend, barulah banyak band indie yang aku kenal tapi takdelah semua band dia introduce kat aku, banyak gak band yang aku discover kat myspace. Myspace tu pon dia yang introduce. Boleh dikatakan apa yang aku into it sekarang banyak diinflunced oleh si encik ex-boyfriend. Eh, melalut sampai sini pula...lately ni memang selalulah fikir pasal dia. Ah, satu lagi je...aku suka bila dia view page aku...hohoho! I'm winning beb!!! <- gila pathetic aku ni. Enough bout ex-boyfriend!!! Sambung pasal Emily Haines lak. E.H ni ialah frontwoman untuk band Metric yang bergenre kan dance rock. Memang hangguk-hangguk, geleng-geleng kepala dengar lagu diorang. Pergi page myspace diorang and dengar sendiri lagu diorang. E.H ni sudah aktif sejak tahun 1990. Selain menyanyi untuk band, E.H ada juga buat side projek dia sendiri yang bernama Emily Haines and The Soft Skeleton. Walaupun recording terawal side projek E.H muncul setelah beberapa tahun tertubuhnya Metric, E.H sudah selalu menulis material sendiri. Dan dengan berbekalkan semangat dari rakan-rakan beliau, E.H memutuskan untuk merakamkan lagu yang beliau tulis supaya lagu itu tidak dilupakan. Walaupun E.H lebih dikenali melalui Metric, dia juga sama seperti band-band indie yang lain yang suka berkolaborasi melalui cara yang berbeza sesama mereka, menghasilkan lebih daripada satu kumpulan muzik dan scene yang kreatif. E.H juga telah meminjamkan bakatnya kepada Broken Social Scene (di mana dia telah menyumbangkan backing vocal untuk band ni), Stars dan The Stills.
Apa nak dikata lagi? Emily Haines memang berbakat. Memang patutlah aku jatuh cinta terhadap Emily Haines. I love you Emily Haines!!!
Nikmatilah bakat Emily Haines, antaranya:-
Emily Haines & The Soft Skeleton - Our Hell
Metric - Dead Disco
Metric - Glass Ceiling (acoustic)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment