Kenapa orang suka makan nasi lemak?
Apa yang buatkan nasi lemak ni sangat istimewa di mata rakyat Malaysia?
Aku sangat suka makan nasi lemak (dulu la) tapi sejak mengalami alahan terhadap nasi ni...jarang gila aku makan. Sejak tahun lepas hanya 2-3 kali sahaja aku menjamah nasi lemak (tu pun sebab tak tahan, minta kawan suapkan)
Apa yang buatkan aku suka nasi lemak adalah sebab bau dia yang wangi, rasa yang lemak, sambal yang sedap (pedas tapi manis) dan pilihan lauk sampingan (seperti ayam goreng, telurmata, rendang ayam, sambal kerang or sotong) yang buatkan aku nak tambah lagi.
Antara nasi lemak yang sedap aku makan adalah nasi lemak kat depan kedai area sekolah rendah aku (sekarang dah takde), nasi lemak maklong aku, nasi lemak depan kondo aku duduk dulu, nasi lemak tepi masjid kat rumah lama aku, nasi lemak kat satu gerai area sekinchan dan nasi lemak mali. Sekali makan, nak makan 45 kali lagi.
Nasi lemak ni sedap dimakan semasa panas-panas dan akan menjadi extra sedap jika dimakan sewaktu hujan (lepas makan terus tidur...combo sedap jadinya).
Walaupun nasi lemak sangat nikmat dimakan, janganlah makan selalu ye?
Tak elok untuk kesihatan tubuh badan..heh!
*Terliur la siot!!!*
No comments:
Post a Comment